.
News Update :
Home » » TSAM Beri Amaran Keras Kepada Pemain Dn Jurulatih

TSAM Beri Amaran Keras Kepada Pemain Dn Jurulatih

11 Mar 2013 12:40 pm


Annuar Musa Annuar Musa
SUSULAN  kekalahan  0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi amaran keras kepada pemainnya yang dilihat gagal menyerlah dalam saingan Liga Super 2013.

Jelas Annuar, sekiranya sasaran yang diletakkkan oleh persatuan itu gagal dicapai, maka orang yang terlibat harus bertanggungjawab  dengan apa yang terjadi.

"Cukupla alasan-alasan yang diberikan. Meskipun diberi segala-galanya dari musim lalu, tapi hasil amat menyedihkan.

"Jadi, jika KPI tidak dapat dicapai oleh orang yang dipertanggungjawabkan, maka pihak yang terlibat harus bertanggungjawab," kata Annuar di laman Facebooknya sejurus selepas perlawanan kelmarin.

Beliau berkata demikian kerana prestasi anak buah Bojan Hodak yang terus gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila pasukan itu hanya meraih dua kemenangan dalam 10 perlawanan setakat ini.

Kelantan mencatat kekalahan ketiga apabila tewas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Keputusan itu meletakkan Kelantan di kedudukan kelapan dengan mengutip 11 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata,"sangat mengecewakan melihat The Red Warriors (TRW) beraksi malam tadi (kelmarin). Tak tahu apa lagi yang perlu dikata."

Annuar turut menjelaskan pergerakan yang lembik dilihat paling ketara dalam barisan pemain Kelantan.

"Tiada variasi dalam serangan dan pertukaran pemain yang dibuat sangat membinggungkan.

"Beberapa pemain baru juga tidak bermain mengikut tempo dan rentak TRW. Ia jelas pergerakan yang lembik," kata Annuar yang semakin resah dengan prestasi pasukan itu
Artikel Berkaitan

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.