.
News Update :
Home » » Peluang Wan Zack beraksi di Jepun cerah

Peluang Wan Zack beraksi di Jepun cerah

12 Mar 2013 6:15 pm

Ong Kim Swee

PENGENDALI skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee mendedahkan, masa depan dua pemainnya, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bersama kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu bakal terjawab minggu depan.
Kim Swee berkata demikian selepas mengadakan perbincangan serius bersama kelab Jepun itu yang mana Ryukyu difahamkan turut berminat mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti program pertukaran pemain dan pembangunan bola sepak negara ini.
Jelasnya, perkara itu akan diputuskan sebelum Harimau Muda A berkunjung ke Slovakia untuk menjalani persiapan terbaik dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA penghujung tahun ini.
“Kita masih belum mencapai kata putus kerana rundingan ini masih belum mencapai kata putus.
“Keputusan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak Ryukyu, tetapi saya percaya keputusan itu akan dicapai sebelum kami berlepas ke Slovakia pada 16 Mac nanti.
“Ini kerana tarikh tutup pendaftaran pemain Liga Jepun berakhir pada 29 Mac ini. Jadi, mereka perlu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Kim Swee turut mendedahkan, selain Wan Zack dan Wan Zaharulnizam, dua pemain muda negara turut berada radar kelab Jepun tersebut.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Melaka itu enggan mengumumkan nama pemain tersebut tetapi difahamkan, Rozaimi Abdul Rahman dan Ahmad Hazwan Bakri dijangka mengikuti jejak langkah Wan Zack dan Wan Zaharulnizam-Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.