.
News Update :
Home » » Masa tepat uji pemain

Masa tepat uji pemain

17 Mar 2013 10:47 pm


Rajagobal
Rajagobal tetap menaruh keyakinan sesuatu mampu dilakukan anak didiknya.
MENJELANG pertemuan persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi malam ini, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal mahu barisan pemain yang diturunkan mengambil peluang membuktikan keupayaan masing-masing.

Menganggap perlawanan tersebut penting, Rajagobal tetap menaruh keyakinan sesuatu mampu dilakukan anak didiknya walaupun beberapa tonggak utama mengalami kecederaan.

Jelasnya, aksi 90 minit nanti harus digunakan pemain untuk membuktikan keupayaan dan keserasian skuad kebangsaan.

“Semua pemain perlu membuktikan keupayaan dimiliki, kami menganggap ini satu perlawanan penting sebelum aksi kedua peringkat Kumpulan D di laman sendiri.

“Ini merupakan masa yang tepat untuk saya menguji pemain,” katanya pada sidang media Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam.

Dalam masa sama, ditanya mengenai corak perlawanan, Rajagobal yang telah bersedia dan percaya lawan juga mahu mencapai kemenangan berkata, setiap pasukan ada persiapan masing-masing dan perlawanan esok merupakan persiapan mereka sebelum menentang Yemen.

“Menang atau kalah, kita perlu menganggap perkara itu dengan positif," katanya-SINAR

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.