.
News Update :
Home » » Keputusan Oleh FAM Terhadap kritikan TMJ tak lama lagi

Keputusan Oleh FAM Terhadap kritikan TMJ tak lama lagi

1 Mar 2013 6:47 pm


Tunku Ismail kesal       Laman sukan Sinar Harian membawa laporan bertajuk Tunku Ismail kesal
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengelak daripada mendedahkan hukuman terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, setelah diteliti, anggota jawatankuasa yang bersidang semalam tidak dapat mengumumkan tindakan yang bakal diambil terhadap baginda kerana bimbang ia bakal disalahtafsirkan.
"Kita perlu menunggu jawapan daripada pihak berkaitan dalam beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan kira-kira empat jam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.
Taufek berkata, pihaknya perlu mengumpul bukti yang lebih jelas seperti rakaman video kerana setakat ini, siasatan dibuat berdasarkan laporan media
cetak tempatan.
Beliau memberi jaminan bahawa FAM akan mengumumkan perkara tersebut tidak lama lagi.
"Ia tidak lama lagi... selepas selesai kita akan umum bagi mendapat keputusan yang terbaik," katanya.
Taufek berkata beliau juga tidak dapat mengulas lanjut sama ada TMJ disiasat kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM atau pun peratuan lain yang terkandung
dalam Perlembagaan FAM. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.