![]() |
| Fakri Saarani |
Katanya, ikrar itu membuktikan semangat juang tinggi yang dimiliki bekas pemain Felda United, Negeri Sembilan dan Perak ini untuk terus meningkatkan prestasinya di kelab bahagian tiga negara Eropah itu, biarpun terpaksa menghadapi pelbagai masalah perbezaan cuaca, budaya, waktu dan bahasa atau makanan mahupun kerinduan kepada tanah air.
"Kita tahu Ahmad Fakri jarang diberikan harapan ramai dan sering di bangku simpanan skuad negara tetapi saya bangga apabila dia menyatakan untuk tidak akan meninggalkan kelab Portugal itu (seperti mana Muhammad Nazmi Faiz selepas hanya lapan bulan di SC Beira-Mar). Saya harap dia mengambil dan menggunakan sepenuhnya peluang bermain di sana," kata Zolkples.
Beliau ditemui pada sesi bergambar media sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan beberapa atlet kebangsaan berketurunan Tionghua daripada sukan renang, wusyu dan boling antaranya Khoo Cai Lin, Daniel Bego, Diana Bong, Sin Li Jane dan Esther Cheah di MSN, Bukit Jalil, kelmarin.
Muhammad Nazmi Faiz, 19, yang juga pemain Harimau Muda, kembali ke tanah air secara mengejut, Ahad lalu tetapi masih mencetuskan tanda tanya sebab kepulangannya dari SC Beira-Mar selain terpaksa berputih mata kelmarin untuk mewakili PKNS yang terus menawarkan kontrak kepadanya apabila hanya dibenarkan bermain dalam Liga M mulai April ini.
Zolkples turut menggesa dua pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang ditawarkan menyertai kelab bahagian tiga Jepun, FC Ryukyu, supaya mencontohi Ahmad Fakri dan belajar daripada episod Muhammad Nazmi Faiz sambil menunaikan hasrat besar mereka apabila mengikat kontrak dua tahun di sana mulai April ini.
"Biarpun cuma bermain dalam liga bahagian tiga Jepun, saya percaya peluang '2 Wan' ini untuk menyertai kesebelasan utama kelab itu pasti lebih cerah dan mereka wajar mengambil kesempatan ini kerana saya juga mendapati banyak potensi yang mereka miliki ketika ini," katanya.



0 comments:
Post a Comment