.
News Update :
Home » » 'Saya terkejut dengan kepulangan Nazmi'

'Saya terkejut dengan kepulangan Nazmi'

3 Feb 2013 4:29 pm

Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

BERITA kepulangan pemain Kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar Mohd Nazmi Faiz Mansor, 19, ke tanah air kelmarin turut mengejutkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,

Bagaimanapun, beliau berharap tidak ada perkara negatif dikaitkan dengan kepulangan pemain bola sepak berbakat besar itu.

“Saya akan dapatkan maklumat terperinci mengenai perkara ini daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya di sini semalam.

Kepulangan Nazmi secara mengejut itu mengundang seribu persoalan tambahan lagi Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad juga dilaporkan tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berharap perkara itu tidak menimbulkan spekulasi yang tidak baik dalam kalangan peminat bola sepak dan juga pihak pengurusan FAM.

“Saya pun terkejut dengan kepulangan Nazmi ke tanah air semalam dan menganggap tiada sebarang perkara negatif yang berlaku kerana dia (Nazmi) adalah seorang pemain yang berbakat besar yang boleh beraksi dengan kelab-kelab yang lebih ternama,” katanya.

Sementara itu, Nazmi pada sidang media bersama kelab barunya, PKNS di Kelana Jaya semalam menjelaskan beliau telah meninggalkan kelab itu dan tindakan tersebut dilakukan atas kehendaknya sendiri.

Kata Nazmi, keputusan itu diambil tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain dan ianya dilakukan setelah berbincang dengan ibu bapa dan ejennya, Marco Guimaraes
.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.