.
News Update :
Home » » ‘Saya sudah jangka ranking akan merosot'

‘Saya sudah jangka ranking akan merosot'

17 Feb 2013 5:24 pm

.

Khoo Kay Kim
Khoo Kay Kim


PENGKRITIK sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, beliau telah menjangka skuad kebangsaan akan mengalami penurunan daripada segi ranking berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2015, baru-baru ini.

"Macam mana mahu buat ranking naik kalau setiap perlawanan disertai oleh skuad kebangsaan kita kalah.

"Kalau kita tidak mempunyai rekod kemenangan yang baik, memang jatuhlah ranking Harimau Malaya," katanya

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.

Dalam laporan media kelmarin, skuad kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal itu turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding 158 pada bulan lepas.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding beberapa pasukan yang diketahui umum mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (156), Bermuda (157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.

Mengulas mengenai penurunan itu, Kay Kim berkata, semua pemain serta pihak pengurusan perlu mengetahui kepentingan ranking bagi sesebuah negara untuk memastikan mereka sentiasa berusaha meningkatkan kedudukan.

Sehubungan itu katanya, skuad kebangsaan harus menetapkan sasaran lebih tinggi dan tidak hanya memberi tumpuan kepada kejohanan bola sepak serantau sekiranya ingin melangkah jauh dalam sukan bola sepak.

"Kita perlu tetapkan kedudukan kita, contohnya 10 pasukan terhebat di Asia dahulu, baru boleh bersaing dengan negara lain," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.