![]() |
| FIFA |
Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding ke-158 pada bulan lepas.
Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (ke-156), Bermuda (ke-157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.
Pada peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (134), Thailand (141), Filipina (147) dan Singapura (158).
Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,590 mata.
Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,590 mata.
Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,281 mata.
Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA



0 comments:
Post a Comment