.
News Update :
Home » » Peluang Harimau Malaya tipis

Peluang Harimau Malaya tipis

6 Feb 2013 9:21 pm


Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar, malam ini.
"BUKAN tidak miliki semangat kenegaraan, tapi saya bersikap realistik menjelang pertemuan skuad kebangsaan berdepan Qatar, malam ini."

Itu pengakuan jujur pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim mengenai peluang Harimau Malaya di pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

"Kita harus bersikap realistik bahawa tahap permainan pasukan negara masih pada level Asia Tenggara. Agak mustahil untuk  mereka beroleh kemenangan pertama nanti.

"Jika seri, ia satu bonus besar buat pemain kebangsaan walaupun kita ketahui memang payah mencatat keputusan itu," katanya.

Begitu pun, Irfan percaya berbekalkan semangat yang ada pada setiap pemain, dia berkeyakinan Harimau Malaya cuba beraksi sebaik mungkin di Doha.

Irfan juga berharap Amri Yahyah yang juga jentera serangan Merah Kuning mampu menggunakan segala pengalaman yang ada bagi mengelak diaibkan Qatar dengan jumlah jaringan lebih besar.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.