.
News Update :
Home » » Kelantan sah ikat Nwakaeme

Kelantan sah ikat Nwakaeme

15 Feb 2013 4:46 pm

.
Nwakaeme
Nwakaeme
TEKA-teki mengenai kedudukan pemain import yang sedang diuji, Dickson Nwakaeme akhirnya terjawab apabila penyerang dari Nigeria sah mengikat kontrak selama setahun bersama Kelantan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebook berkata, penyerang berusia 27 tahun itu turut diberi pilihan menyambung kontrak pada musim berikutnya.

“Usaha memantapkan The Red Warriors diteruskan apabila pihak Kafa mencapai kata putus dengan  mengikat  Nwakaeme, rakan senegara, Obinna Nwaneri untuk menyarung jersi Kelantan pada musim ini.

“Bojan Hodak (Ketua Jurulatih) mempunyai banyak pilihan apabila Nwakaeme berjaya didaftarkan sama ada untuk Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau pun Liga Malaysia tidak lama lagi. Insya-ALLAH, sebelum bulan April, akan ada lagi usaha untuk memperkasakan pasukan kita,” katanya.

Difahamkan, penyerang yang pernah beraksi bersama kelab Song Lam Nghe An FC dalam Liga Vietnam pada musim lalu bersetuju menyarung jersi pasukan juara treble itu setelah mendapat tawaran gaji lumayan daripada pihak Kafa.

Pemilihan Nwakaeme sememangnya sudah dijangka memandangkan penyerang tersebut mempamerkan persembahan menakjubkan dalam dua aksi persahabatan bertemu Semen Padang FC dan Felda United FC baru-baru ini, sekali gus mengetepikan peluang seorang lagi pemain, Salim Arrache dari Perancis.

Keputusan menandatangani pemain tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Keita Mandjou akan digugurkan daripada pasukan Kelantan ekoran prestasi hambar yang dipamerkan dan Nwakaeme antara pemain yang dikatakan bakal mengisi kekosongan tersebut apabila jendela pendaftaran pemain dibuka pada 8 April ini.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.