HARIMAU Muda tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic dalam perlawanan persahabatan ketiga yang berlangsung di Australia, Semalam
Dengan keputusan ini, anak buah Ong Kim Swee gagal buat kali pertama selepas menang dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini.
Sebelum ini, Harimau Muda menang 5-1 ke atas Palm Beach Sharks dan menang 2-1 ke atas Brisbane Lions SC dalam perlawanan kedua.
Dalam perlawanan itu, Harimau Muda nyata gagal menyekat kemaraan pasukan Brisbane Olympic apabila membolehkan lawan berjaya membolosi gawang sebelum rehat.
Harimau Muda cuba bangkit menyamakan kedudukan, namun keputusan 1-2 kekal sehingga ke wisel penamat.
Skuad Harimau Muda berlepas ke Australia Rabu lepas untuk sesi latihan selama 10 hari sebagai persediaan menjelang Sukan Sea yang akan berlangsung di Myammar akhir tahun ini.

0 comments:
Post a Comment