.
News Update :
Home » » FAM Tidak Tahu Kunjungan Barca Ke Malaysia

FAM Tidak Tahu Kunjungan Barca Ke Malaysia

28 Feb 2013 11:10 pm

Gergasi Bolasepak Sepanyok FC Barcalona

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak tahu menahu berhubung kunjungan kelab Liga Primera Sepanyol, Barcelona ke negara ini pada Ogos depan, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

"Setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang menghubungi FAM mengenai kedatangan kelab Sepanyol ini ke Malaysia," kata FAM dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini dipetik sebagai berkata kelab gergasi Sepanyol itu akan mengadakan kunjungan ke negara ini selepas mengadakan perlawanan persahabatan di Beijing, China dan Bangkok, Thailand menerusi Jelajah Asia kelab itu.

Jelajah berkenaan adalah sebahagian persiapan Barcelona bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol 2013/14.

Bagi saingan musim ini, kelab berkenaan sedang menerajui Liga Primera Sepanyol dengan mengutip 68 mata selepas mengharungi 25 perlawanan. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

pegi mampus la FAM nak tau barca dtg ke tak ....FAM macam taik sume benda diorg nak tahu,,kepala bana FAm la bodoh..

En misteri said...

die badan pengurus bola boleh plak xtau..

news4u.com

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.