
Pengarah sukan kelab tegaskan sekarang bukan masa sesuai bincangkan masa depan Falcao
Jose Luis Caminero beri amaran kepada kelab yang berminat membeli Radamel Falcao bahawa pemain itu masih ada kontrak dengan Atletico Madrid.
Prestasi Falcao menjadi faktor utama pasukan memburu slot ke Liga Juara-juara musim ini dengan 18 gol dari 18 perlawanan liga untuk Los Colchoneros.
Paris Saint-Germain, Manchester City dan Real Madrid difahamkan mahukan beliau namun Caminero memberiahu: “Kami ada kontrak dengan Falcao.
"Kami gembira memiliki dia dan berharap dia boleh jaringkan lebih banyak gol.
“Kami perlu terus fokus dengan liga, cuba memenangi setiap perlawanan dan kemudian di akhir musim melihat apa yang berlaku."
Meskipun dengan kesamaran mengenai masa depan Falcao, Caminero telah memberi jaminan kepadap penyokong Atleti bahawa jurulatih Diego Simeone akan kekal di Vicente Calderon musim hadapan.


0 comments:
Post a Comment