
Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra menegaskan akan bantu sedaya-upaya Alex Buttner menyesuaikan diri di Old Trafford, meskipun persaingan di antara kedua-dua pemain bek kiri ini.
Buttner menyertai the Red Devils dari Vitesse Arnhem pada musim panas lepas dan setakat ini telah membuat lapan penampilan untuk pasukan Sir Alex Ferguson, selepas gagal mengenepikan Evra dari kesebelasan utama United.
Apabila diberikan peluang, Buttner yang menjaringkan gol semasa debut liganya untuk pendahulu Liga Perdana Inggeris tersebut, telah menyerlah dan dari menjauhi pesaingnya itu, Evra mendedahkan bagaimana beliau telah membantu pemain Belanda tersebut menyesuaikan diri.
"Saya sentiasa cuba membantu Alex kerana saya seorang pemain United, bukan hanya Patrice Evra,” kata pemain Perancis ini. “Saya mahukan faedah untuk pasukan. Jika ia adalah saya bermain dengan baik atau Alex Büttner, saya akan gembira.
"Saya tak kata begitu hanya untuk nampak bagus. Ia adalah benar. Saya bukan pemain yang pentingkan diri dan saya mengharapkan mana-mana rakan sepasukan saya berkata perkara yang sama kepada anda. Saya fikir Alex melihat saya bukan orang yang teruk dan saya mahu bantu dia.
Evra menambah: "Saya beritahu dia semasa saya mula tiba di sini, dalam enam bulan pertama saya di Old Trafford, padangnya kelihatan seperti lapangan terbang!
"Ia sangat besar dan kamu perlu banyak berlari sehingga saya rasa kaki saya seperti terbakar selepas perlawanan. Tapi ia biasa begitu pada mulanya. Kamu perlu sekurang-kurangnya enam bulan untuk menyesuaikan diri bermain di sini.”-Wisel


0 comments:
Post a Comment