.
News Update :
Home » » Wanyama dalam radar United

Wanyama dalam radar United

25 Jan 2013 9:18 pm


Victor Wanyama mungkin dapat menyelesaikan isu-isu jangka panjang midfielder Fergie.

Man Utd bersedia membuat tawaran musim panas £10 juta untuk midfielder Celtic, Victor Wanyama.
 
Bos, Alex Ferguson menilai pemain warga Kenya, 21, apabila dia menjaringkan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Dundee United.
 
The Red Devils telah memerhatinya dalam setiap perlawanan Liga Juara-juara musim ini, termasuk aksi kemenangan 2-1 ke atas Barcelona, yang mana Wanyama menjaringkan gol.
 
Bintang berketinggian 6 kaki 2 inci itu adalah midfielder bertahan kuat yang turut boleh beraksi di bek tengah.
 
Ferguson memerlukan midfielder pada musim panas ini dengan Paul Scholes, 38, dan Ryan Giggs, 39, bersedia untuk bersara.
 
United akan menghadapi persaingan dari Arsenal dengan Arsene Wenger dipercayai mahukan Wanyama bagi memantapkan pasukan mereka.
 
Namun ketua Celtic, Neil Lennon mahu mengekalkan pemain yang dibelinya dari kelab Belgium, Beerschot pada tahun 2011 dengan harga £900,000.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.