.
News Update :
Home » » 'The Red Warriors bakal terima tajaan lumayan'

'The Red Warriors bakal terima tajaan lumayan'

3 Jan 2013 2:22 pm


Kevin RamalingamKevin Ramalingam
THE Red Warriors (TRW) bakal menikmati tajaan mencecah jutaan ringgit musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam berkata, barisan penaja baru dengan tajaan mencecah jutaan ringgit akan diperkenalkan kepada peminat di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), hari ini.

"Pada majlis itu nanti, turut dilancarkan jersi dan produk terbaru TRW.

“Untuk menjadi orang pertama memiliki jersi ini, mereka boleh membeli terus selepas majlis pelancaran atau mendapatkannya daripada wakil jualan Warriors bermula Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dilimpahi 10 penaja yang berminat menaja Kelantan rentetan kejayaan mereka meraih kejuaraan treble dalam saingan Liga Malaysia musim lalu.

Kevin berkata, sebagai salah satu usaha bagi membanteras gejala cetak rompak, pihaknya mengeluarkan jersi TRW yang direka dalam dua versi berbeza untuk peminat tempatan.

“Bagi jersi asal pemain, ia dijual harga RM89.90 sementara untuk versi kedua RM49.90. Daripada segi reka bentuk dan logo ia tetap sama seperti yang dipakai oleh pemain, cuma jenis kainnya adalah berbeza,” katanya.

Menurut Kevin, pihaknya merangka strategi pemasaran tersendiri termasuk memperkenalkan kaedah pembelian secara tempahan atas talian menerusi syarikat seperti bumibola.com, Redwarriors.online, selain boleh membeli terus di Warriors Solution di Kota Bharu.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.