Pok Nik mahu namanya disenaraikan dalam kempen kelayakan Piala Asia bersama skuad Harimau Malaya.
PEMAIN pertahanan muda Harimau Malaya, Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim sedia merebut tempat dalam pasukan kebangsaan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Qatar, bulan depan.
Mesra disapa Pok Nik, dia berazam melakukan persembahan terbaik bagi memikat pengendali kem negara, Datuk K Rajagobal.
"Saya sedar perlu mengatasi pemain berpengalaman yang ada di dalam skuad ini. Ramai yang boleh beraksi di posisi pertahanan.
"Tetapi, jika mendapat tempat, saya berjanji membalas kepercayaan diberikan jurulatih," katanya yang kini menyarung jersi pasukan The Red Warriors yang bermain di Liga Super 2013.
Selain Pok Nik, Mahalli Jasuli, Amirizdwan Taj Tajudin, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Helmi Remeli antara pemain tulang belakang skuad Harimau Malaya yang dijangka beraksi menentang Iraq di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Jumaat ini.

0 comments:
Post a Comment