.
News Update :
Home » » PKNS Optimis Singkirkan Kelantan

PKNS Optimis Singkirkan Kelantan

30 Jan 2013 6:48 pm


PKNS FC
PKNS FC mahu membalas dendam di atas kekalahan 1-2 di tangan Kelantan pada aksi Liga Super, awal bulan lalu.
BIARPUN aksi pusingan kedua Piala FA 2013 berlangsung pada 26 Februari depan, Pengurus Pasukan Selangor PKNS, Azmi Adnan percaya pemainnya boleh menundukkan penyandang juara, Kelantan pada pertemuan di Kota Bharu nanti. Menurutnya, mereka sedar The Red Warriors satu lawan kuat, tetapi segalanya boleh berlaku dalam bola sepak.

"Kita akan berjumpa sekali lagi dengan pasukan Kelantan di Kota Bharu selepas tewas 1-2 pada 9 Januari lalu. Kami mahu mencari kemenangan dan ada kemungkinan boleh mencuri trofi daripada mereka.

"Pada saingan Liga Super 9 Januari lalu, kita hanya tewas tipis dan gol terakhir pasukan tuan rumah ketika itu diperoleh akibat kelalaian pemain kita yang tidak fokus.

Kali ini, kami akan terus berjuang sehingga ke tiupan wisel penamat dan cuba menebus kekalahan lalu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Shah Alam, semalam.

Tambah Azmi, tidak mustahil mereka mampu mara sehingga ke final jika pemain menunjukkan kesungguhan setiap kali beraksi.

Katanya, sasaran muncul lima terbaik di Liga Super dan merangkul sekurang-kurangnya satu piala masih relevan dan pihaknya menanam keyakinan tinggi kepada skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim meneruskan visi yang dilancarkan pada musim ini.

Sementara itu, Azmi menjelaskan latihan diteruskan seperti biasa walaupun saingan liga berhenti bagi memberi laluan kepada pasukan kebangsaan menghadapi peringkat kelayakan Piala Asia 2015.

"Cuma kita akan bermain satu perlawanan persahabatan dengan kelab dari Singapura. Pemain juga akan didedahkan dengan program 'team building' bagi mengerat kerjasama pasukan sebagai satu unit," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.