Ahli Kelab The Titan Muda SMKSS tekun mendengar penerangan Butler di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
PASUKAN Liga Super , T-Team kini mempunyai peminat tetapnya tersendiri yang dikenali sebagai Kelab Muda Titan apabila satu program melancarkan kelab tersebut telah diadakan disertai seramai 74 pelajar SMK Sultan Sulaiman (SMKSS) di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Dalam ucapan pelancaran kelab tersebut, jurulatih berasal dari England, Peter Butler melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan peminat muda di negeri itu dan beliau juga ada memberitahu bahawa kegiatan penubuhan kelab muda yang menyokong sesuatu pasukan sudah biasa ditubuhkan di negara barat.
Kelab Muda The Titan SMKSS itu diusahakan bersama dengan Unit Kluster Bola sepak sekolah berkenaan yang diketuai oleh Hamdan Awang.
Menurut Hamdan, dengan adanya kelab itu nanti, pihak sekolah berharap kegiatan Unit Kluster bola sepak akan lebih berdaya aktif menggerakkan aktiviti, di samping memupuk minat pelajar menceburkan diri dalam bola sepak.
Sempena pelancaran Kelab Muda The Titan itu, satu kem bola sepak turut diadakan selepas majlis pelancaran dan turut bersama keseluruhanpegawai dan pemain T-Team dalam usaha memperkenalkan teknik dan kemahiran bola sepak kepada ahli kelab tersebut.

0 comments:
Post a Comment