.
News Update :
Home » » 'Pertahan rekod kebal SSMIV'

'Pertahan rekod kebal SSMIV'

15 Jan 2013 7:59 pm


Keita Mandjo
Penyokong berharap Keita Mandjou mampu menggegar jaring Johor Darul Takzim di Kota Bharu, malam ini.
KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) berharap pasukan The Red Warriors (TRW) mempertahankan rekod kebal di gelanggang sendiri sejak tahun lalu menjelang pertemuan menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad Ke IV (SSMIV), Kota Bharu, malam ini.

Bukan itu sahaja, pihak Kelate.Net mahu pemain Bojan Hodak memenangi perlawanan berkenaan bagi mengembalikan semula keyakinan segelintir penyokong TRW yang mula mempersoalkan kredibiliti pasukan selepas kalah mengejut di tangan T-Team, Sabtu lalu. Presidennya, Mohd Khairi Yazid berkata, inilah aksi yang ditunggu-tunggu peminat khususnya bagi kedua-dua penyokong pasukan TRW dan Southern Tiger.

"Selepas kedua-dua pasukan dipalit pelbagai isu dan kontroversi, saya percaya pertemuan malam ini pasti mendebarkan dan panas.

"Bagi Kelantan pula, rekod cemerlang yang dipertahankan sejak 2012 perlu dikekalkan. Kita tahu pelawat yang dibarisi pemain berstatus bintang pastinya menghadirkan ancaman terbesar buat tuan rumah.

"Yang penting adalah tiga mata penuh, sekali gus meletakkan kembali pasukan Kelantan di landasan kemenangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pemain paling mencuri tumpuan pastinya Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang kini bersama skuad Johor Darul Takzim selepas berpindah akhir musim lalu.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.