.
News Update :
Home » » Perlis terus dapat suntikan semangat Kelantan

Perlis terus dapat suntikan semangat Kelantan

6 Jan 2013 3:32 pm


Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA)
Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA)
PASUKAN Liga Perdana Perlis mendapat suntikan berterusan apabila menerima tajaan jersi pemain dan pegawai dari sebuah syarikat, Warriors yang berpangkalandi Kelantan.
Syarikat tersebut di antara yang masih kekal menaja juara treble 2012 Kelantan, selain beberapa pihak seperti Sinar Harian dan Mamee.

Pengurus pasukan Perlis, Shaharuddin Ismail mengesahkan perkara itu dan menyifatkan ia suntikan semangat kedua dari Kelantan yang sebelum ini turut dipinjamkan dua pemain import iaitu Emmanuel Okine dan Danny Antwi musim ini.

Katanya, syarikat berkenaan akan menaja jersi dan pakaian rasmi pegawai Perlis selama satu tahun.

“Ada penyokong tertanya-tanya sama ada Perlis ada hubungan istimewa dengan Kelantan kerana dilihat selalu bekerjasama di antara satu sama lain, dan ingin saya jelaskan memang ada dan telah sedia terjalin sejak dahulu lagi,” katanya.

Menurutnya, hubungan baik itu mampu membantu Singa Utara mengangkat kembali maruah pasukan yang terpalit dengan pelbagai skandal pada musim lalu termasuk masalah kewangan dan kemelut rasuah.

Selain itu, hubungan baik Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut memudahkan lagi segala urusan melibatkan kedua-dua pasukan itu.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.