.
News Update :
Home » » 'Pemilihan Keita dipersoal'

'Pemilihan Keita dipersoal'

3 Jan 2013 2:19 pm


Keita ModjuKeita Modju dipilih Bojan bagi mengibarkan cabaran Kelantan menjelang saingan Liga Super 2013.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan keputusan Bojan Hodak yang memilih Keita Modju untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Annuar bagaimanapun enggan mengeruhkan keadaan dan menyerahkan segala urusan kepada jurulatih Croatia itu dan menyifatkan Bojan lebih mahir berbanding dirinya dalam soal pemilihan pemain.

“Bojan pilih Keita untuk saingan Liga Malaysia 2013, dan Petratos akan masuk pada bulan April sekiranya Keita gagal.

"Pendapat kami mungkin berbeza, begitu pun urusan pemilihan pemain adalah urusan Bojan selaku jurulatih,” katanya dalam laman Facebook.

Sementara itu, Annuar melahirkan kebimbangan terhadap prestasi The Red Warriors setelah pasukan bimbingan Hodak tewas 1-4 kepada Sime Darby dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Kalah dalam perlawanan persahabatan adalah perkara biasa, tapi tewas dengan jaringan empat gol berbalas satu adalah perkara yang merisaukan.

“Mungkin ianya disebabkan jentera serangan Kelantan musim 2013 agak tumpul dan tidak agresif," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.