Fandi Ahmad
JURULATIH pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad enggan mengulas lanjut dakwaan yang mengatakan skuad Harimau Selatan akan memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menukar venue dari Stdium Darul Aman ke Stadium Larkin bagi saingan kedua PialaFA 2013, bulan depan.
"Saya tidak tahu mengenai hal ini. Jadi, saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Lagipun, itu semua urusan pihak pengurusan, bukan saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon kepada FAM untuk menukar venue dari Stdium Darul Aman ke Stadium Larkin bagi saingan kedua Piala FA menentang Kedah, bulan depan.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya perancangan JDT selepas diberi rehat selama tiga minggu dalam saingan Liga Super, Fandi berkata, mereka akan menggunakan tempoh itu untuk memperbaiki setiap kelemahan pasukan agar lebih menjadi mantap pada masa akan datang.
"Buat masa ini, kami masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya mengenai komunikasi di kalangan pemain yang disifatkan masih tidak baik," ujarnya.
Justeru, legenda bola sepak Singapura itu mahu pasukannya berusaha gigih mendapatkan penyudah yang lebih baik pada perlawanan akan datang.
“Komunikasi adalah sangat penting dalam kerjasama berpasukan.
"Dan, kita lihat rata-rata mereka masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain.
"Ia antara kelemahan yang kita perlu perbaiki,” jelas beliau yang tetap berpuas hati dengan peningkatan dipamerkan anak buahnya.

0 comments:
Post a Comment