
Sasaran Chelsea, Radamel Falcao menafikan pertemuan dengan Florentino Perez untuk membincangkan langkah dari Atletico Madrid ke rival sebandar mereka itu.
Laporan akhbar di Sepanyol menyebut pemain antarabangsa Colombia itu dan ejennya, Jorge Mendes bertemu dengan presiden Real Madrid di sebuah restoran untuk berunding tentang terma, namun Falcao menegaskan dakwaan itu adalah palsu.
"Semuanya satu pembohongan. Kebelakangan ini terdapat banyak laporan tentang saya," katanya.
"Khabar yang mengatakan saya makan dengan Florentino adalah palsu. Begitu juga tentang saya bersama-sana dengan Cristiano Ronaldo semasa pergi ke gala Ballon d'Or."
Falcao, 26, enggan mengulas mengenai ke mana dia akan pergi jika dia meninggalkan Atletico, walaupun mendedahkan dia sedang dalam usaha mempelajari beberapa bahasa baru.
"Matlamat saya adalah untuk belajar lebih banyak bahasa. Saya tahu bahasa Portugal sedikit, Bahasa Inggeris penting untuk kehidupan dan supaya saya bercakap lebih baik. Kemudian saya mahu belajar bahasa Perancis atau Itali," katanya.


0 comments:
Post a Comment