Top 5 Malaysia Super League 2013.
1) KELANTAN :
- Pasukan juara bertahan ini bakal dibarisi oleh pemain yang berbeza pada musim depan. Ketiadaan 2 ayam tambatan mereka, Mat yo dan Muhammad Ghaddar tidak menjadi masalah kerana mereka turut akan diperkuatkan dengan pemain skuad olimpik Australia, Dimitri Petratos, dan bekas penyerang Perak, Kieta Mandjou. Namun siapa yang akan mengisi kuota pemain import kedua MSL bersama Obinna akan diketahui kelak. Mereka juga turut diperkuatkan dengan bekas penyerang T-Team, Haris Safwan dan bekas pemain tengah Perak, K.Nanthakumar.
2) DARUL TAKZIM FC :
- Pasukan ini telah melakukan transformasi dan penjenamaan semula. Nama asal pasukan ini ialah Johor FC dan telah ditukar kepada Darul Takzim FC. Agak mengejutkan kerana mereka berjaya membawa masuk penyerang skuad Sepanyol yang berkelas dunia iaitu Dani Guiza dan bekas pemain kelab Series A italy, Del Nero. Pasukan ini juga diperkuatkan oleh beberapa tonggak skuad Mal
aysia AFF Cup seperti Aidil Zafuan, Mat Yo, Safee Sali, Azmi Muslim, Safiq Rahim dan Zaquan Adha. Pemain legenda Singapore, Fandi Ahmad diberi tangungjawab untuk membimbing pasukan ini menjadi pasukan yang digeruni.
3) T-TEAM TITANS :
- T-Team turut melakukan penjenamaan semula dan mereka membuatkan kejutan apabila menandatangani 2 bekas pemain EPL, Caleb Folan dan George Boateng. Bekas jurulatih Terengganu, Peter Butler telah dilantik menjadi Pengurus merangkap jurulatih dan diberi tanggungjawab untuk membawa T-Team menjadi pasukan kuat pada musim depan. Antara pemain tempatan yang telah dipancing ialah bekas kapten Terengganu, Marzuki Yusof, dan pemain tengah tinggi lampai, G.Mahathevan.
4) PERAK :
- Perak juga akan diperkuatkan oleh 2 bekas pemain dari kelab Liga Perdana Thailand, Rafael Novais (Bangkok Glass) dan Karim Rouani (BEC Tero Sasana). Mereka juga berjaya membawa masuk penjaga gol skuad AFF Cup, Farizal Marlias. Antara pemain tempatan yang berjaya dipancing ialah Abd Hadi Yahya, S.Chanturu dan Yong Kuong Yong.
5) SELANGOR :
- Pasukan red giants ini telah melantik Irfan Bakti selaku pengurus merangkap jurulatih. Bekas pemain Terengganu dan pemain skuad kebangsaan Liberia, Forkey Doe menjadi pilihan untuk mengisi posisi Bosko Balaban yang tidak disambungkan kontrak. Mereka juga akan diperkuatkan oleh 3 tonggak skuad AFF Cup iaitu Mahalli Jasuli, S.Kunalan, dan Bunyamin Omar. Penjaga gol kontroversi Terengganu, Sharbini Allawi bakal mengalas tugas selaku penjaga gol utama pasukan Selangor.



3 comments:
Penang?
penang pon ada perubahan apa...hehe
sharbini alahai... penjaga gol utama plak tu.. bengong btol lah...
natakumar pemain tgh ke..? hahaha
Post a Comment