Bojan Hodak masih lagi kekal sebagai Jurulatih merangkap Pengurus pasukan Kelantan bagi saingan musim hadapan. Ini menunjukan hasrat Kafa untuk meneruskan momentum mereka sebagai kuasa terunggul bola sepak Malaysia. Dengan barisan pemain yang cukup seimbang di setiap posisi, Kelantan dianggap salah sebuah pasukan pilihan dalam saingan liga super tahun 2013. Disamping Kelantan mengekalkan pemain import iaitu Obinna Nwaneri dan Keita Manjao, kelantan juga mendapatkan pemain import yang berprestasi tinggi iaitu Dimitri Petratos bermain dalam saingan liga super dan Lek Kcira bermain dalam saingan piala AFC.
Kebanyakkan pasukan Kelantan pada musim ini adalah pemain berpengalaman dan berkualiti tinggi. Dengan kehadiran Zairo Anuar Zailani, Haris Safuan dan Faiz Subri akan membuatkan skuad Kelantan semakin mantap dari segi serangan. Sharizan boleh mengantikan Khairul Fahmi di posisi penjaga gol dan ia terbukti pada saingan Piala AFC 2012. Diposisi Pertahanan juga tidak mempunyai masalah dengan pemain yang berpengalaman seperti Farisham Ismail, Azizi Mat Ros, Subramanian dan ramai lagi pemain yang mantap. Kebanyakkan pemain di posisi midfield pada musim ini lebih bercorakkan serangan seperti Badri Radzi, Norfarhan, Zairo dan banyak lagi. Oleh itu, ia akan memudahkan tugas Dimitri Petratos, Haris Safwan, Aziz Ismail dan beberapa orang lagi pemain di posisi tersebut untuk menjaringkan gol.
Skuad ini bakal diuji dalam saingan yang kompetitif dalam saingan Liga Super mahupun Piala AFC. Kekuatan Fizikal dan mental bakal menguji anak buah Bojan Hodak untuk mempertahankan 3 piala pada yang dimenangi mereka pada musim lepas itu berjaya atau tidak pada musim akan 2013.



0 comments:
Post a Comment