.
News Update :
Home » » Penyokong Terengganu kecewa perlawanan sebelah petang

Penyokong Terengganu kecewa perlawanan sebelah petang

29 Dec 2012 9:42 pm


   
KELAB penyokong bola sepak Terengganu (Peteh) melahirkan rasa kecewa kerana perlawanan Liga Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini terpaksa berlangsung pada sebelah petang musim depan.
  
Setiausahanya Wan Mohd Azmi berkata beliau bimbang ramai yang tidak dapat datang menyaksikan perlawanan sekiranya ia berlangsung di sebelah petang.
  
"Mana selesa menonton dalam cahaya panas kalau main waktu petang," katanya.
  
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan Stadium Sultan Ismail Nasuruddin Shah antara stadium yang tidak dibenar mengadakan perlawanan di sebelah malam kerana gagal menepati piawaian lampu limpah dengan tahap kecerahan 1,000 lux, berdasarkan peraturan 2013-2014.
  
Pada masa yang sama, Wan Mohd Azmi berkata pihak berkuasa stadium sepatutnya telah lama menyelesaikan isu itu.
  
Sementara itu Kelab Peteh akan membuka pendaftaran ahli pada 2 Jan ini dengan bayaran RM60 untuk ahli baharu dan RM50 bagi ahli lama. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.