.
News Update :
Home » » 'Kedah mesti menjuarai Liga Perdana'

'Kedah mesti menjuarai Liga Perdana'

28 Dec 2012 9:43 pm


Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)
"KENARI mesti jadi juara Liga Perdana. Pulun Kedah Pulun!

Itu laungan awal Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Hamdan Mohamed Khalib yang cukup mempercayai kemampuan pemain Hijau Kuning kendalian Marijo Tot, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Begitu pun, Hamdan akui tugas getir menanti bekas juara berganda 2007 dan 2008 itu kerana pasukan lain sudah tentu miliki hasrat sama ingin mengintai peluang beraksi di Liga Super 2014.

"Suka ataupun tidak, Kedah harus muncul juara liga, sekali gus kembali di kelompok pasukan elit Liga Malaysia.

"Bukan nak cakap besar, tapi berdasarkan senarai dimiliki pasukan, saya optimis Kedah boleh sekali lagi mengulangi pencapaian ketika dilakar pada musim 2006," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamdan memaklumkan kepada Sinar Harian, pihaknya sudah menghantar laporan mengenai tahap pencerahan lampu limpah Stadium Darul Aman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya diluluskan bermain pada waktu malam.

"Kita sudah menjalankan kerja menaik taraf lampu pada November lalu dan laporan telah dihantar sebelum 29 Disember ini," katanya yang gembira selepas Kedah berjaya mengikat juara treble, Kelantan 0-0 pada pertemuan persahabatan, kelmarin.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.