.
News Update :
Home » » Harimau Muda A uji Sarawak sebelum ke Australia

Harimau Muda A uji Sarawak sebelum ke Australia

28 Dec 2012 9:33 pm


Harimau Muda AIrfan Fazail (kanan) diberi kepercayaan memakai lilitan kapten Harimau Muda tahun hadapan.
SKUAD Harimau Muda A bakal menguji pasukan Sarawak pada aksi persahabatan 28 Disember ini sebelum berangkat ke Gold Coast, Australia, bulan depan.

Ia sebagai aksi timbal balas selepas sekadar terikat 1-1 di Port Dickson, 15 Disember sebelum menang tipis mengatasi Sime Darby 2-1 di Wisma FAM, Ahad lalu.

Ketua Jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, mereka kini dalam persiapan menyediakan pasukan mantap khususnya dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea tahun depan di Myanmar.

Beliau juga memberitahu, anak buahnya bakal mengasah taring di Australia mulai 23 Januari hingga 6 Februari 2013 untuk  beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan.

"Tahun depan, kita tidak lagi berdepan jadual padat kerana tidak bermain dalam kejohanan liga kompetitif seperti tahun ini.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita sekadar berehat dan pasukan tetap sibuk dengan banyak perlawanan persahabatan dan ujian.

"Seramai 27 pemain akan saya bawa dan mereka ini akan diberi peluang silih berganti bermain sepanjang berada di sana," katanya mendedahkan akan ke Slovakia pada 15 Mac dan hanya akan kembali pada bulan Ogos 2013.

Dalam perkembangan berkaitan, Kim Swee masih menyenaraikan Mohamad Irfan Fazail sebagai kapten sambil dibantu Fadhli Shas dan Izzaq Faris Ramlan.

Mengenai kecederaan Izzaq, Kim See akui, beliau sudah menunjukkan petanda positif dan diturunkan ketika menentang Sarawak namun masih dalam pemantauan.

Izzaq terpaksa berehat tujuh bulan akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) lutut kiri, akibat dikasari pemain Myanmar pada perlawanan separuh akhir Sukan Sea 2011 yang menyaksikan skuad Bawah 23 Tahun negara menang 1-0.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.