.
News Update :
Home » » Fergie : Ashley Williams Hampir Bunuh RVP

Fergie : Ashley Williams Hampir Bunuh RVP

27 Dec 2012 1:14 am


RVP boleh terbunuh!Berbahaya...Rembatan Williams (kanan) tepat mengenai belakang kepala van Persie.
SIR Alex Ferguson mahu FA Inggeris menghukum Ashley Williams selepas pertahanan Swansea itu bertindak ganas, apabila dengan sengaja menendang bola ke arah Robin van Persie (RVP) yang rebah di atas padang pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Liberty, kelmarin.

Insiden berlaku pada minit ke-74 apabila rembatan kencang Williams tepat mengenai bahagian belakang kepala penyerang Manchester United itu, meskipun wisel sudah dibunyikan pengadil, Michael Oliver.

Kelakuan ganas Williams mendapat reaksi Ferguson yang menyifatkan ia sebagai tindakan paling berbahaya di atas padang yang belum pernah disaksikannya sebelum ini.

“Van Persie bertuah kerana masih hidup. Ia merupakan aksi yang teruk daripada Ashley dan dia sepatutnya digantung untuk tempoh yang lama.

“Tindakannya itu boleh menyebabkan leher van Persie patah dan boleh terbunuh," katanya.

Bagaimanapun, FA hanya boleh mendakwa Williams sekiranya Oliver mengaku gagal melihat insiden berkenaan.

Sementara itu, Williams cuba berdolak-dalik mengenai insiden itu dengan berkata: "Saya cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, malangnya bola terkena kepala van Persie...Saya bukan sengaja".

2 comments:

Budak Nakal said...

Erk, dari apa yg aku lihat mmg sengaja...-_-"

Wisel dh bunyi dh pun...

k said...

RVP=RIP

Post a Comment

 
© Copyright Matbola NetworkMAT BOLA2012-2013 | Design by MatBola Network | Powered by Matbola Network.