
Sultan Ahmad Shah
JOHOR BAHRU - Desakan supaya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berundur daripada jawatannya tidak relevan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, ini kerana Sultan Ahmad Shah mempunyai rangkaian bola sepak yang bagus, bukan sahaja pada peringkat Asia, malah global.
Menurut beliau, sekalipun baginda meletakkan jawatan dan digantikan dengan individu lain, ia belum tentu mampu mengubah senario dalam industri bola sepak negara.
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi perlu diakui bahawa Presiden FAM sekarang mempunyai banyak kelebihan memandangkan pengalaman dan pengetahuannya dalam arena bola sepak menjangkaui peringkat antarabangsa.
Tambahan pula bola sepak adalah sukan yang paling mahal untuk dikendalikan.
Jadi, kita memerlukan seseorang yang benar-benar faham tentang selok-belok sukan ini," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas desakan sekumpulan penyokong bola sepak negara supaya kepimpinan tertinggi FAM dirombak termasuk Sultan Ahmad Shah berundur sebagai Presiden.
Razali yang ditemui selepas melawat tapak Fiesta Get Together di Dataran MBJB, di sini semalam berkata, jika Sultan Ahmad Shah bersetuju untuk berundur, perlu diingat bahawa bakal pengganti baginda kelak bakal memikul satu tanggungjawab yang amat besar.
Menurutnya, masalah yang berlaku kini sebenarnya disebabkan FAM kekurangan barisan pemain pelapis yang berbakat dan jika isu itu diatasi, ia mampu meningkatkan mutu bola sepak tempatan.
Justeru itu perlu adanya satu program atau projek khas bagi mencungkil bakat-bakat tersebut kerana saya percaya terdapat ramai pemain bintang dalam kalangan peminat sukan ini di Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas fenomena yang dicetuskan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Razali berharap agar ia dapat dijadikan contoh oleh persatuan negeri lain dalam memartabatkan sukan bola sepak.
Usaha yang dilakukan oleh Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim harus diberi pujian yang tinggi.
Tindakan proaktif beliau bukan sahaja memberi impak kepada semangat kesukanan di peringkat negeri, malah ia begitu memberi kesan sehingga ke seluruh negara.
Saya pasti peminat bola sepak Malaysia menanti-nantikan aksi pasukan Harimau Selatan pada saingan musim akan datang," katanya.-Utusan ONLINE


7 comments:
Ceh.. Penjilat bontot....
daulat tuanku.harapnye tuanku terus memimpin dan memandu malaysia ke arah kegemilangan 28 tahun lagi.daulat tuanku 1000 x
mana brani orang politik nak kritik sultan,, kena tarik dato nanti,,.. only in malaysia..
tapi betul jgk tu..aku rasa kalau tukar org pn still sama jgk lah..ko rilek jee..
bagi tmj la pegang jawatan dia tu.. confirm naik... haha
Ampun tuanku..mntk2 tuanku pegang jawatan selamanya..sampai mati pon xpe.tuanku kan umur panjang.
bagi org profesional urus bolasepak... baru boleh maju.. kalau tidak sampai ke mampus ditakuk ni la..
Post a Comment