Pemain Selangor, S Kunalan diasak oleh pemain pertahanan Sabah ketika pertemuan pra musim Liga Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, petang semalam. Selangor menang 3-0.
JUARA Liga Super musim 2009 dan 2010, Selangor Darul Ehsan bagaikan memberi amaran awal kepada pesaing lain selepas membenam cabaran Sabah 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, semalam.
Tanpa menunggu lama, Shukur Jusoh membuka tirai jaringan gol minit 24 dan menambah koleksi gol peribadi berselang enam minit kemudian.
Tiada tambahan sehingga tamat babak pertama. Bersambung 45 minit seterusnya memperlihatkan dominasi anak buah Irfan Bakti Abu Salim dan pasukan pelawat sesekali menguji gawang tuan rumah.
Pemain pertahanan, Bunyamin Umar menamatkan nota ceria skuad Merah Kuning hasil sepakan penalti yang disempurnakan m-64 selepas Afiq Azmi dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti.
Begitu pun, hasrat sebahagian peminat Red Giants melihat kelibat bekas bintang import penyerang Terengganu, Francis Forkey Doe tidak kesampaian apabila dia tidak diturunkan sepanjang perlawanan berkenaan.

0 comments:
Post a Comment